Sunday 7 May 2017

Tips penjagaan bersalin Ceaseran




Assalamualaikum u'olls...
Ada tak yang pernah menghadapi proses bersalin secara pembedahan??

Haaa... entry kalini Ieka nak share beberapa tips penjagaan sekiranya u'olls melalui proses bersalin ceaseran..

Kenapa Ieka nak share?? Sebab Ieka dah 3 kali bersalin ceaseran.. so nak share tips bersalin normal, Ieka takde pengalaman pulak.. jadi Ieka share tips penjagaan selepas bersalin czer la eh...

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

6 Perkara Perlu Dielakkan Bagi Ibu Yang Bersalin Secara Caesarean

💮 Elakkan kulit berlipat dan basah. Jika keadaan ini berlaku kuman akan mudah membiak dan luka bernanah.

💮 Jangan sapu minyak pada luka jahitan akan menyebabkan kulit sentiasa lembap. Kulit yang lembap mudah terkena jangkitan, luka lambat bercantum serta dikhuatiri parut jahitan menjadi tidak cantik.

💮 Elakkan makan makanan yang gatal seperti makanan laut.

💮 Elakkan makan jamu. Jamu bersifat panas, ianya boleh menyebabkan jahitan dalaman terbuka. tetapi herba maharani boleh sebab khasiat ayam hitam yang membantu mempercepatkan luka sembuh.

💮 Elakkan makan ikan haruan atau pati haruan terlalu awal. Sebaiknya ambil selepas dua minggu pembedahan supaya luka pembedahan sembuh dengan sendiri. Pengambilan terlalu awal akan meninggalkan parut pembedahan yang ketara @ erti kata lain.. parut tidak cantik kat dalam perut tu..

Jangan angkat barang yang berat. Ini bersalin normal pun tak boleh buat tau..


TAHUKAH ANDA???

SEJURUS IBU-IBU SELESAI MENJALANI PROSES PEMBEDAHAN...

# IBU DIKEHENDAKI BERBARING UNTUK TEMPOH 6 JAM PERTAMA DAN ELAK DARI MENGANGKAT KEPALA TERLALU TINGGI

# BERGEERAK SEGERA DALAM TEMPOH 24 JAM DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO DARAH BEKU DAN SEMBELIT

# AMPU LUKA MENGGUNAKAN BANTAL ATAU TUALA YANG DIGULUNG

# UBAT TAHAN SAKIT DIAMBIL SEBELUM KESAKITAN MULA DIRASAI

# IBU MUNGKIN AKAN BERASA SEDIKIT PEDIH & NGILU KETIKA MEMBUANG AIR KECIL YANG PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN



Macam mana nak  Mandi dan nak jaga Kebersihan Luka Bedah??
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

Bagi ibu yang pertama kali memalui proses pembedahan ini pasti berasa risau akan kondisi luka mereka terutama apabila ketika ingin mandi. Jangan risau! Mandilah seperti biasa. Mandi bukan sekadar dapat membersihkan tubuh malah dapat menyegarkan badan dan menenangkan fikiran. Namun, pastikan luka pembedahan sentiasa kering. Gunakan tuala yang bersih untuk pedap pada luka setiap kali selepas mandi. Anginkan luka pembedahan di depan kipas bagi membantu luka cepat kering sama ada selepas mandi ataupun apabila badan berpeluh-peluh. Penting bagi ibu untuk pastikan luka pembedahan kekal kering sepanjang masa.      


Pemakanan Ibu-ibu yang Bersalin Secara Caesarean
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

Pemakanan antara aspek yang amat penting untuk dititikberatkan. Ibu perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh berpantang. Pengambilan makanan yang seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luaran dan dalaman.


Ibu-ibu perlu mengutamakan pengambilan pemakanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan kerana ianya kaya dengan mineral. Manakala sayur-sayuran pula kaya dengan vitamin.


Elakkan daripada mengambil makanan yang bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa sepanjang tempoh berpantang. Minuman sejuk seperti berais juga seharusnya dielakkan. Ia bertujuan untuk menyembuh dan mengembalikan kesegaran pada badan selepas menjalani proses kelahiran yang agak panjang.


Rawatan Luka Pembedahan
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

   Ibu yang menjalani pembedahan haruslah mengambil langkah berjaga-jaga agar luka bedah tidak mengalami infeksi/jangkitan.

 Pastikan ibu-ibu menjaga kebersihan dan menyapu antiseptik supaya bakteria tidak membiak di kawasan luka pembedahan

####
Tips terakhir...
Nak dapatkan semula bentuk badan asal, boleh terus pakai PREMIUM BEAUTIFUL KORSET sepanjang berpantang.. untuk ceaseran, boleh guna waist nipper dulu, untuk ampuh luka supaya tidak rasa sakit sangat. Bila luka dah kering, boleh la gunakan 1 set Premium Beautiful.
InsyaAllah membantu menaikkan peranakkan dan memperbanyakkan susu ibu..

Banyak lagi kebaikan korset premium beautiful ni..

Boleh contact Ieka untuk info
011 1032 8085


Sekian sharing Ieka..



2 comments:

  1. Tips penjagaan bersalin secara ceaseran. Kurangkan rasa sakit dengan menyarung premium beautiful. Hubungi ieka 011 10328085

    ReplyDelete
  2. Cara-cara menjaga luka pembedahan selepas bersalin

    ReplyDelete