Sunday 25 February 2018

INSPIRATIONAL STORY



JANGAN BERHENTI WALAU TERJATUH. BANGUN SEMULA DAN TERUSKAN HINGGA BERJAYA

Baru-baru ni Ieka menghadiri seminar Master Your Network #MYN di Menara PGRM. Salah seorang sifu otai dalam bisnes ni telah share sebuah video.

Terus terang Ieka cakap, ini adalah pertama kali Ieka menonton video tersebut dan juga pertama kali mendengar nama beliau. ADAM NORRODIN.

Siapa Adam Norrodin? Peminat Moto3 GP sudah pasti kenal. Tapi untuk kita yang tak berapa nak tengok sport belum tentu kenal. Adam Norrodin merupakan pelumba Moto3 GP.

Masa video tu di pasang, Tak sedar airmata boleh mengalir sebab melihat semangat pelumba itu. Disaat beliau hampir menang perlumbaan di Argentina, beliau tergelincir dan terjatuh di selekoh terakhir sebelum sampai ke garisan penamat. Kalau pelumba lain, sudah tentu akan keluar terus dari trek perlumbaan tiu, tapi TIDAK buat Adam Norrodin. Dengan Emosi dan Maruah untuk berjaya, beliau bangkit dengan kaki yang cedera dan berlari sambil menolak motor beliau yang beratnya hampir 160kg !!

Baginya tiada sesiapa pun yang boleh menghalangnya untuk sampai ke garisan penamat meskipun dalam keadaan cedera.
Walaupun para pelumba dan penonton tidak percaya, akhirnya Beliau BERJAYA sampai ke Garisan Penamat itu.

Kisah semangat beliau yang tidak berputus asa itu sangat menyentuh perasaan. 
Begitulah apa yang sedang kita usahakan sekarang, jangan pernah berhenti walau pelbagai halangan. Disaat orang lain tidak percaya, diri sendirilah yang harus bangkit dan percaya kepada diri. Fokus dan teruskan. Jatuh bangun dalam hidup adalah biasa. Sedangkan anak-anak yang baru belajar berjalan pun akan terjatuh banyak kali sebelum mereka berjaya berjalan sendiri.

Terima kasih Sifu CDM Azlan Deraman sharing video beliau. 
Marilah kita sama-sama menghayati semangat Adam Norrodin di video ni. 


No comments:

Post a Comment