Monday 24 September 2018

PREMIUM BEAUTIFUL SEPANG : MAJLIS PENGANUGERAHAN SM/SSM SEPT 2018



Manusia merancang, Allah yang menentukan.
Macam tu juga alkisahnya dengan aktiviti Ieka harini.

Perancangan awal Ieka dan husband sebenarnya, awal pagi tadi nak gerak bersama ke IDCC, bergambar bersama mentor dan rakan-rakan lain. Lepastu Tengah hari husband dan anak-anak pergi majlis kenduri di putrajaya dan lepas tu check in hotel. Ieka pula tunggu sampai giliran naik pentas bagi pihak husband dan lepas tu naik grab terus ke hotel.

Tapi apa yang kami berdua rancang, semuanya berubah. Harini Ieka terpaksa drive sorang pergi ke IDCC, selesai pembukaan dan aktiviti bergambar, Ieka kena berpatah balik ke kuarters KLIA untuk ambil husband dan anak-anak ke majlis kenduri di putrajaya. Lepas kenduri kami sama-sama check in di putrajaya.

Kenapa apa yang kami rancang tu tak jadi? Sebab Baby Ziyad kena batuk, selesma dan demam panas 2 hari sebelum kejadian. Semalam ziyad sampai menggigil. Ieka dan husband bangun setiap jam pantau ziyad. Kul 4 pagi baru demam dia kebah, dan barulah dia boleh tidur lena. Dan kami pun jam 4 pagi baru dapat tidur. Sebab tu masa bangun jam 7 pagi Ieka terus makan herba maharani sebab Ieka perlukan banyak tenaga harini.

Pagi tadi terus cakap kat husband, stay je kat umah pantau ziyad. Tengah hari baru keluar, biar Ieka sorang je yang hadir ke event harini.

Begitulah kisahnya perjalanan kami sekeluarga harini. Walaupun tidak seperti yang dirancang, tapi kami dapat menempuhi ni bersama. Mungkin yang maha Esa nak Ieka hadir bersama dengan suami di majlis kenduri. Alhamdulillah, dapat Menggembirakan hati tuan rumah.

Bergambar bersama tuan rumah. 😁😁

Lepas dari kenduri barulah kami menuju ke pullman putrajaya lakehouse
Untuk check in setelah semua dah selesai. Tapi masa ni Ziyad masih lagi tak sihat. Demam panas lagi.






Apa yang berlaku semua pasti ada hikmah.
Yang penting selalu berprasangka baik. Kita tak tahu apa jadi di masa depan. Sebab tu kita perlu tingkatkan usaha dari sekarang.

Terima kasih buat mentor-mentor Ieka yang sangat memahami CDM kak Salleha Roslan dan DDM kak Salina Salleh. Happy sangat dapat hadiah loket emas dari kedua-dua mentor kesayangan Ieka ni. InsyaAllah akan terus istiqamah dalam bisnes ni.

Di bawah ni gambar semasa Ieka dengan rakan-rakan usahawan lain dan juga mentor-mentor Ieka di IDCC Shah Alam. Seronok sangat bisnes berjemaah ni sebab saling support each other.

Kami sama-sama berusaha untuk mengubah hidup masing-masing.












With lovely mentor ❤❤


Alhamdulillah, sepanjang berbisnes dengan SHOM selama hampir 2 tahun ni, Dapatlah juga membantu insan-insan yang memerlukan.
Tak perlu nak heboh ( tangan kiri memberi, tangan kanan jangan sampai tahu) biarlah Allah yang tahu.

Dapat gembirakan hati suami dan anak-anak, dapat gembirakan family di kampung. Lagi cukup buat Ieka happy.

Ramai orang kata Bisnes dengan SHOM ni menipu. Ieka pun tak tau tang mana tipu tu. Mungkin berniaga tanpa mentor yang buat mereka fikir macam tu ataupun bagi mereka bila berniaga dengan shom, harini start berniaga esok confirm kaya.

Allahu, manada orang kaya dalam masa sehari. Semua perlu proses. Nak berniaga kenalah menjual. Tak nak menjual, memanglah tak dapat.
Yang penting nawaitu kena betul. Nak bantu orang sekeliling mengubah hidup ke arah lebih baik. InsyaAllah Dipermudahkan.

Buangkan rasa buruk sangka dan mulakan sekarang. Biar lambat daripada langsung tak mula. Sebab dalam SHOM, Sesiapapun boleh mencapai CDM. 😘

Thank you sudi baca celoteh Ieka


No comments:

Post a Comment