Wednesday 14 November 2018

SAHAJIDAH HAI O MARKETING DI BERITA HARIAN. / PREMIUM BEAUTIFUL SEPANG





SAHAJIDAH HAI O MARKETING DI BERITA HARIAN. / PREMIUM BEAUTIFUL SEPANG


SERAMAI 60 usahawan cemerlang ditabalkan sebagai Crown Diamond Manager pada majlis sambutan ulang tahun ke-26 Sahajidah Hai-O Marketing di Shah Alam, semalam.
Sahajidah Hai-O perkukuh kedudukan
Oleh Haryani Ngah

SHAH ALAM: Lebih dua dekad ditubuhkan dan berjaya melepasi pelbagai halangan, Sahajidah Hai-O Marketing terus mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat jualan langsung terkemuka negara.

Kemampuannya menjadi peneraju dalam jualan langsung, membuatkan Sahajidah Hai-O Marketing yang menyambut ulang tahun ke-26 tahun ini, optimis terus cemerlang dan melebarkan lagi pemasarannya bukan saja di Malaysia, tetapi di luar negara termasuk Singapura, Brunei dan Jakarta.

Sebagaimana slogannya sempena ulang tahun ke-26 iaitu Embrace the Future, Sahajidah Hai-O Marketing optimis untuk mengejar impian dan mencapai kecemerlangan.

Matlamat itu dilihat mampu dicapai berikutan semangat dimiliki usahawan yang sebahagian besarnya berusia bawah 40 tahun.

Pengurus Besarnya, Tham Yoke Lon, berkata lebih 70 peratus usahawan Sahajidah Hai-O Marketing berusia bawah 40 tahun dan mereka kreatif serta bijak dalam mengembangkan perniagaan menggunakan platform digital.
“Usahawan Sahajidah Hai-O Marketing terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebanyakan mereka adalah wanita.

Usahawan kami terdiri daripada kumpulan profesional, graduan, kakitangan kerajaan dan suri rumah. Inilah keunikan usahawan Sahajidah Hai-O Marketing.


Manfaat penggunaan digital
“Mereka memanfaatkan penggunaan digital dalam membuat pasaran. Selain membuat jualan terus, mereka juga membuat transaksi jualan secara dalam talian.

“Cara ini bukan saja menjimatkan masa, tetapi berjaya meningkatkan jualan,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-26 di sini, semalam.

Yoke Lon berkata, 2018 adalah tahun yang luar biasa buat Sahajidah Hai-O Marketing yang bukan saja mencatat peningkatan jualan dan penambahan usahawan serta pengenalan produk baru.

“Banyak pengalaman pertama dilalui untuk tahun ini termasuk pelancaran koleksi kasut, pakaian dan beg di bawah jenama Infinence, penyertaan di Kuala Lumpur Fashion Week dan pelancaran produk baharu seperti makanan tambahan, barangan penjagaan kulit serta beberapa produk yang dijenamakan semula.

“Insentif melancong ke luar negara sebanyak dua kali dilaksanakan membabitkan lawatan ke Korea Selatan pada Januari yang disertai oleh 1,000 usahawan dan ia adalah delegasi terbesar dalam sejarah Sahajidah Hai-O Marketing dan delegasi Muslim terbesar ke Korea.

“Sementara itu pada Ogos lalu, seramai 500 usahawan diterbangkan ke Switzerland dan Paris.

Pada Disember ini, seramai 2,500 usahawan bakal menyertai Sidang Kemuncak Perniagaan di Jakarta dan Majlis Makan Malam Gala,” katanya.

Sahajidah Hai-O Marketing juga mempunyai pejabat di Mangga Dua, Jakarta dan beroperasi lima tahun.

Tembusi pasaran Indonesia
Kata Yoke Log, strategi baharu pemasaran di Jakarta akan dilakukan kerana melihat Indonesia ada potensi tidak terbatas dengan kedudukannya di tempat keempat negara berpopulasi tinggi di dunia, sekali gus peluang yang luas untuk usahawan Sahajidah Hai-O Marketing menembusi pasaran.

Sementara itu, majlis ulang tahun ke-26 Sahajidah Hai-O Marketing disambut dengan penuh gemilang dengan kehadiran 8,000 usahawan dari seluruh negara.

Acara kemuncak majlis itu adalah dengan penabalan 60 pemimpin baru sebagai Crown Diamond Manager (CDM) iaitu pangkat tertinggi pencapaian usahawan Sahajidah Hai-O Marketing.

Turut diadakan pelancaran produk terbaru Kidivo iaitu rangkaian produk penjagaan diri bayi dan kanak-kanak yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan selamat.


Majlis dihangatkan dengan persembahan Hael Husaini dan kemunculan duta Sahajidah Hai-O Marketing, Nur Fazura Sharifuddin dalam sesi penyampaian anugerah kecemerlangan dan hadiah kepada pemenang peraduan Min Cha x Fazura Tumbler Giveaway.

Fazura yang ditemui pada majlis itu teruja kerana dapat bersama dengan Sahajidah Hai-O Marketing untuk tahun kedua.

“Saya teruja bersama keluarga besar Sahajidah Hai-O Marketing. Usahawannya sangat berusaha keras, mempunyai visi tinggi untuk mencapai kejayaan dan optimistik dalam kerjaya terutama wanita.

“Kita dapat saksikan hari ini (semalam) ramai usahawan yang menaiki pentas dan anugerahkan dengan pangkat CDM adalah wanita.

“Sebagai duta, saya sepatutnya memberi inspirasi kepada wanita ini, tetapi sebaliknya mereka yang memberi semangat dan inspirasi kepada saya,” katanya yang teruja dengan kejayaan usahawan Sahajidah Hai-O Marketing.
Min Cha teh bermutu tinggi





Sebagai penggemar teh, Fazura mengakui Min Cha adalah teh berbeza di pasaran kerana sangat tinggi antioksiden, diperbuat daripada teh hitam bermutu tinggi, premium dan paling istimewa kerana memiliki garam buloh asli Korea yang membantu metabolisme dan mencegah penyakit.

Semalam, Fazura turut tampil dengan kasut jenama Infinence Sahajidah Hai-O Marketing yang diperbuat daripada kulit asli. Kasut terbabit bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi menurutnya sangat selesa apabila dipakai.

No comments:

Post a Comment